Saturday, 9 August 2014

Gurindam

Gurindam adalah bentuk puisi lama yang terdiri dari dua bait, tiap bait terdiri dari dua baris kalimat dengan rima yang sama , yang merupakan satu persatuan yang utuh. gurindam ini dibawah oleh orang hindu atau pengaruh sastera hindu. gurindam berasal dari bahasa tamil ( india ) iaitu kirindam yang bererti mula-mula asal , perumpamaan. baris pertama berisikan jawapanya atau akibat dari masalah atau perjanjian pada baris pertama tadi.  


GURINDAM ( FASAL DUA BELAS )

GURINDAM 6

Cahari olehmu akan sahabat,
Yang boleh dijadikan ubat.

Cahari olehmu akan guru,
Yang boleh tahukan tiap seteru.

Cahari olehmu akan isteri,
Yang boleh menyerahkan diri.

Cahari olehmu akan kawan,
Pilih segala orang setiawan.

Cahari olehmu akan abdi,
Yang ada baik sedikit budi.


MAKSUD


Rangkap Pertama-menasihati kita supaya
Mencari sahabat yang boleh membantu
Kita ketika kita dalam kesusahan.

Rangkap kedua-menasihati kita supaya
Mencari guru yang boleh menunjukkan
Kita setiap orang yang menjadi musuh kita.

Rangkap ketiga-kita dinasihati mencari
seorang isteri yang boleh menyerahkan
Kesetiaan kepada kita.

Rangkap keempat-kita dinasihati supaya
Mencari seorang kawan yang baik Dan setia
Terhadap kawannya.

Rangkap kelima-kita dinasihati supaya
Mencari hamba atau orang suruhan yang
Baik Dan berbudi.


Pengarang : Raja Ali Haji
Tahun        : ( 1844-1857 )
Tajuk        : Gurindam 12 pasal karya Raja Ali Haji yang terkenal berjudul " Gurindam Dua Belas "
Website    : nhttps://www.gurindampasalduabelas.com

GURINDAM 8



Barang siapa khianat akan dirinya,
Apa lagi kepada lainnya.

Kepada dirinya ia aniaya,
Orang itu jangan engkau percaya.

Lidah yang suka membenarkan dirinya,
Daripada yang lain dapat kesalahannya.

Daripada memuji diri hendaklah sabar,
Biar daripada orang datangnya khabar.

Orang yang suka menampakkan jasa,
Setengah daripada syirik mengaku kuasa.

Kejahatan diri sembunyikan,
Kebajikan diri diamkan.

Keaiban orang jangan dibuka,
Keaiban diri hendaklah sangka.


MAKSUD


Rangkap pertama-menjelaskan bahawa
Jika seseorang itu sanggup menganiaya
Diri sendiri orang ITU sanggup
Melakukan perkara yang sama kepada
Orang lain.

Rangkap kedua-jika seseorang Itu sanggup
Menganiaya diri sendiri,orang ITU tidak boleh
Dipercayai.

Rangkap ketika-menjelaskan bahawa orang
Yang memuji dirinya sendiri akan mengetahui
Keburukan dirinya daripada orang lain.

Rangkap keempat-menjelaskan bahawa
Daripada kita memuji Diri kita sendiri
Biarlah orang lain yang menceritakan
Kebaikan diri kita.


Pengarang : Raja Ali Haji
Tahun        : ( 1808-1873 )
Tajuk        : Gurindam 12 pasal karya Raja Ali Haji yang terkenal berjudul " Gurindam Dua Belas "
Website    : nhttps://www.gurindampasalduabelas.com

NORMA-NAORMA YANG BAIK DALAM PERHUBUNGAN


Isteri cantik permainan Mata,
Isteri budiman tajuk mahkota.

Perempuan bagus suntingan dunia,
Perempuan beriman sang at mulia.

Suami isteri harus sekata,
Jauh segala silang sengketa.

Suami tempat isteri bergantung,
Kepadanya serahkan nasib Dan untung.

Jika suami tak berhati lurus,
Isterinya kelak menjadi kurus.

Suami isteri tubuh yang dua,
Sekata hendaknya sampai (ke) tua.


MAKSUD


Rangkap pertama-perempuan yang
Cantik merupakan hiasan dunia,perempuan
Yang budiman Dan bail perlu dijadikan
Pasangan.

Rangkap kedua-perempuan yang bagus
Menjadi sanjungan orang,tetapi perempuan
Yang beriman dipandang mulia.

Rangkap ketiga-suami isteri harus sepakat
Dalam segala gal until mengelakkan salah
Faham.

Rangkap keempat-suami merupakan tempat
Isteri bergantung Serra menyerahkan
Segala nasib isteri kepada suami.

Rangkap kelima-suami yang tidak
Bethany fungi swab akan menyebabkan
Isteri menderita.

Rangkap keenam-suami merupakan
Seorang yang berkuasa dalam rumahtangga.

Rangkap ketujuh-suami isteri perlu bersatu
Untuk menjamin kesejahteraan rumahtangga.


Pengarang : Raja Ali Haji
Tahun        : ( 1844-1857 )
Tajuk        : Gurindam 12 pasal karya Raja Ali Haji yang terkenal berjudul " Gurindam Dua Belas "
Website    : nhttps://www.gurindampasalduabelas.com

GURINDAM 12



Raja muafakat dengan menteri,
Seperti kebun berpagarkan duri.

Betul hati kepada raja,
Tanda kadi sebarang kerja.

Hukum adil atas rakyat,
Tanda raja beroleh inayat.

Kasihkan orang yang berilmu,
Tanda rahmat atas dirimu.

Hormat akan orang pandai,
Tanda mengenal kasa Dan cindai.



MAKSUD


Rangkap satu-kerjasama antara raja
Dan menteri akan membawa kepada
Negara yang aman.

Rangkap kedua-kesetiaan kepada raja
Dapat membawa kepada kemudahan
Aktiviti yang dijalankan.

Rangkap ketiga-raja yang bersikap adil
Membolehkan raja mendapat dorongan
Daripada rakyat dengan ikhlas.

Rangkap keempat-orang berilmu
Perlu dikasihi untuk mendapat rahmat.

Rangkap kelima-orang pandai perlu
Dihormati agar kita dapat memanfaatkan
Ilmunya untuk mengetahui baik Dan buruk.


Pengarang : Raja Ali Haji
Tahun        : ( 1844-1857 )
Tajuk        : Gurindam 12 pasal karya Raja Ali Haji yang terkenal berjudul " Gurindam Dua Belas "
Website    : nhttps://www.gurindampasalduabelas.com

GURINDAM 10


Dengan bapa jangan durhaka,
Supaya Allah tidal murka.
Dengan IBU hendaklah hormat,
Supaya badan dapat selamat.
Dengan anak janganlah lalai,
Supaya boleh naik ke tengah balai.
Dengan isteri Dan gundik janganlah alpa,
Supaya kemaluan jangan menerpa.
Dengan kawan hendaklah adil supaya tangannya jadi kafill.


MAKSUD


Berisi nasihat keagamaan Dan budi pekerti,
Ya ITU kewajiban anak untuk menghormati
Orang.


Pengarang : Raja Ali Haji
Tahun        : ( 1808-1873 )
Tajuk        : Gurindam 12 pasal karya Raja Ali Haji yang terkenal berjudul " Gurindam Dua Belas "
Website    : nhttps://www.gurindampasalduabelas.com